Monday, November 24, 2008

AZHAN DI KLUANG

Pada 23 November (Ahad) yang lalu, Yayasan AMAL Malaysia (Cawangan Johor) telah menjemput Azhan untuk mendendangkan beberapa buah nasyid bagi Mini Konsert Alteranatif di Dataran Kampung Melayu Kluang. Antara yang turut sama memeriahkan lagi konsert tersebut adalah kumpulan nasyid popular masakini D-MEN-C dan juga persembahan khas dikir barat Sri Perantau. So.... Selamat menikmati gambar-gambar yang dapat saya sediakan untuk tatapan semua.
Azhan mendendangkan Segalanya Pasti

Kumpulan Dikir Barat Sri Perantau.....(Memang syok...hehehehe)


Penaung Yayasan AMAL Malaysia (Cawangan Johor) En. Khairul Faizi menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada penonton.

Persembahan terakhir bersama D-MEN-C dan Dikir Barat Sri Perantau.

InsyaAllah, pada 29 November ini Azhan akan berada di Jerantut. Kepada orang-orang Jerantut pakat datang ramai-ramai..... Dan pada 30 November ini pula Azhan telah dijemput bagi menyerikan lagi Program Santapan Diraja anjuran MPKB-BRI Kelantan. InsyaAllah saya akan cuba dapatkan berita, aktiviti serta perkembangan terkini yang berkaitan dengan Azhan Atan.

1 comment:

zarith said...

bila azhan atan nak upload gambar dtg ke UTP hari 2..?