Sunday, September 21, 2008

AZHAN DARI SELATAN KE PANTAI TIMUR

Maaf kepada semua pengujung-pengunjung blog ini kerana dah lama saya tak update dengan posting-posting dan perkembangan terkini yang berkaitan dengan Azhan Atan berikutan terlampau banyak “kerja-kerja utama” yang perlu saya bereskan terlebih dahulu. Tak mengapalah..lupakan semua itu dan berikut adalah gambar-gambar sekitar persembahan Azhan Atan yang dapat saya sediakan untuk tatapan semua.

Tiga PEMUDA JOHOR yang menggegar negara... :)
12 September: Program Munajat Perdana, Simpang Renggam.

18 September: Tiba di Kota Bharu Bandaraya Islam

18 September : Temuramah di konti Radio MPKB-BRI bersama DJ Abe Ju

Ketua Pegawai Perhubungan Awam MPKB-BRI En Azman memberikan cenderahati kepada Azhan

Bergambar kenangan bersama staf MPKB-BRI

Berbuka bersama rakyat Kelantan di Qaryah Ramadhan, Dataran Stadium Kota Bharu.


Alunan zikir munajat dan selawat selepas tarawikh di Qaryah Ramadhan

19 September: Kuliah Jumaat Oleh YAB MB Kelantan TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat




Dijemput mengalunkan selawat selepas kuliah.



Sepetang menjelang iftor bersama selebriti


Sebahagian pengunjung yang hadir


Menyampaikan hadiah kepada peminat kecil

Bersama "Orang Kuat" Program. Dari kiri En Azman, Azhan dan En Hamid

Bersama dengan Iman Tarawikh yang di jemput khas dari Universiti Al-Azhar Mesir

20 September: Muar, Kem Semarak Ramadhan 2008


Bersama dengan perserta Kem Semarak Ramadhan 2008

Diucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang telah memberikan layanan yang baik sepanjang kami berada di program-program di atas. InsyaAllah, jika ada umur yang panjang kita akan berjumpa lagi.


Sunday, September 7, 2008

RIBUT & BUBUR LAMBOK

Pada sabtu lepas (6 Sep) kami (Azhan & admin) juga bersama-sama dengan Unit AMAL Johor telah berada di Kampung Sungai Udang, Selat Klang, Selangor untuk sama-sama membantu membaiki rumah-rumah yang dilanda ribut. Seperti yang diceritakan oleh Pengarah AMAL Johor Sdr.Noorkhalim Sakib hampir 300 buah rumah yang terlibat. Namun saya tak dapat mengambil banyak gambar rumah-rumah yang terlibat. Oleh kerana hujan maka kami ke sebuah surau dan membantu membungkus bubur lambok untuk diedarkan kepada penduduk sekitar.

(Syukran Faiz PAWANA, walaupun kancil tu kecil tapi ia bijak..hehehe..)


Tuesday, September 2, 2008

ADAKAH AZHAN ATAN AKAN DIJEMPUT UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN DI KELANTAN?

Satu ketika dulu kita ada mendengar betapa hebatnya kejayaan seorang anak muda daripada Johor di Pertandingan Akademi Fantasia. Orang itu tidak lain & tidak bukan adalah MAWI! Siapa yang tidak kenal Mawi? Sehinggakan pimpinan PAS pada masa itu juga kenal Mawi gara-gara TN Guru Nik Abd Aziz ingin menjemput beliau untuk membuat persembahan konsert di Kota Bharu Kelantan.Dengar khabarnya entah betul entah tidak, Mawi juga sebelum terkenal adalah merupakan orang yang bertanggungjawab pasang bendera PAS di Kawasan Kulai bersama abangnya semasa kempen pilihanraya.Begitulah hebatnya orang yang cenderung kepada PAS ini , mempunyai aura yang tersendiri. Tuan Guru menjemput beliau ke Kota Bharu adalah sebagai langkah awal untuk mewujudkan Konsert Alternatif yang menggantikan konsert yang melalaikan seperti yang dianjurkan oleh Kerajaan yang memerintah pada hari ini (?). Pelbagai reaksi Pro & kontra berhubung konsert tersebut. Ada yang kata Mawi munafiklah, Mawi tak Islamiklah, macam-macam kita dengar...Namun itu adalah apa yang telah pun berlalu.

Namun demikian, belum habis lagi aura Mawi, sekarang ini muncul lagi seorang daripada Negeri Johor, namanya menjulang tinggi tanpa disangka, namun ada juga yang menyangka bahawa beliau bakal dinobatkan sebagai Juara Akademi Nasyid 2008. Tarikh 31 Ogos 2008 adalah merupakan tarikh bersejarah buat dirinya apabila berjaya merangkul gelaran tersebut. Itulah yang namanya Azhan Atan. Beliau juga anda tahu siapa dia. Mungkin ada sedikit persamaan dengan orang di atas, tapi ada sedikit berbeza, iaitu beliau adalah orang kuat PAS. Jawatan beliau semua tahu.....

Dua orang yang berjaya mencipta nama dan ada kaitannya dengan PAS. PAS bukan parti yang sembarangan bahkan berjaya melahirkan graduan yang berkualiti.

p/s : Agaknya ada tak orang yang ada kabel kuat dengan Kerajaan Kelantan untuk jemput Azhan buat persembahan konsert di sana? Saya yakin suara-suara sumbang tidak akan wujud jika dibandingkan ketika menjemput Mawi dulu. PAS sudah ada ikon!

(copy n paste dari blog DPPNJ-Sory Ust Zul..hehehe)