Monday, November 24, 2008

AZHAN DI SHAH ALAM

Salam ukhuwah kepada semua pengunjung "Dunia Azhan Atan". Firstly maaf sangat2 kepada semua kerana lewat sangat update blog Azhan ni. Pada 3 November yang lepas, Dewan Muslimat PAS Shah Alam telah menjemput Azhan untuk memeriahkan lagi program makan malam yang pada saya sebagai "Grand". Memang ramai hadirin yang hadir. Yang saya perasan adalah bekas pelakon lelaki yang terkenal dengan filem "Ali Setan" iaitu Azmil Mustafa..... Itu dulu.... Sekarang bukan lagi "Ali Setan", tapi sebagai "Ali Soleh". Alhamdulillah...Memang sejuk betul bila memandang wajah beliau. Namun yang paling istimewa adalah kehadiran Mursyidul Am YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, dalam kuliah ringkas beliau menyatakan beliau mesti menghadiri majlis ini walaupun keadaan diri yang tak berapa sihat kerana ingin meraikan dan merasmikan kelab penyokong PAS Shah Alam. Lihatlah betapa sosok kerdil yang bergelar Tok Guru itu amat-amat menghargai mereka yang bukan Islam menyokong gerakan Islam. Kepada pihak penganjur, Azhan and da crew mengucapkan jazakallah dan tahniah dengan program yang berjaya dan sukses selalu. Semoga Allah merahmati kita semua.

No comments: