Saturday, August 30, 2008

TERBAIK AZHAN ATAN (AKHIR)



(Iqra'-Ramli Sarip)



(Segalanya Pasti-Lagu ciptaan Bro Usop Kopratasa)

SYUKRAN JAZILAN & SALAM RAMADHAN





Alhamdulillah...
Setelah 3 minggu berada di Akademi Nasyid, maka pada Konsert terakhir pada malam tadi (30 Ogos 2008). Undian SMS dan markah dari Juri telah memartabatkan dan menaikkan imej Pejuang Seni Islam Azhan Atan sebagai Juara Akademi Nasyid yang pertama. Syukur Alhamdulillah...

Baru sebentar tadi Azhan Atan menghubungi saya (Dalam perjalanan ke program Nisa' Wilayah di Masjid As-Syakirin). Beliau mengucapkan jutaan terimakasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang telah memberikan SMS kepada beliau. SMS anda telah memberikan satu nafas baru didalam seni hiburan Islam dan menjadi pemangkin kepada keberlangsungan DAKWAH dan TARBIYAH melalui seni hiburan. Dengan SMS anda juga, saya yakin dan percaya mudah-mudahan ada ganjaran "di sana" kelak. Terimakasih sekali lagi kepada anda semua. Semoga Allah subhanahuwataa'ala yang dapat memberikan kalian ganjaran yang mulia. Juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan "Jamaah Islam" seluruh negara. Kemenangan ini adalah kemenangan kita bersama. Kemenangan Islam sebagai Ad-Deen (Cara hidup), ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARINYA. Syukran Jazilan sahabat-sahabatku. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan media cetak dan media elektronik, khususnya juga kepada TV9 kerana menerbitkan rancangan yang bermanfaat. Juga kepada para pendidik di Akademi, Ust. Asri, sdr Yassin Sulaiman, sdr Farihin (Takbir!!!), Ust. Azmi Manap, juga kepada mereka yang dapat saya coretkan disini. Juga kepada teman-teman seangkatan Akademi Nasyid 2008, Cicik (Syukri), Aiman, Shah, Zuariana Ishak. Eda Fazilah, Sofieya, VOM, MV, In-Heart, Farhan dan D-vision. Kalian tetap hebat.

Kemenangan ini lebih bermakna dengan kehadiran Bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Kepada semua, selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketakwaan dan penuhilah bulan yang mulia ini dengan amalan-amalan yang soleh. TAKBIR!!!

Monday, August 25, 2008

SAHABAT DAN PEMINAT

Syukran Jazilan kepada sahabat2 Tentera Merah (Unit Amal Johor) kerana banyak memberikan nasihat dan teguran yang sangat2 berguna supaya saya (Azhan) terus berada FISABILILLAH juga terima kasih sangat2 coz vote 4 me.. :)
"Beramal Kerana Allah"

Bersama peminat dari utara
(sebenarnya mereka berdua ni baru habis latihan nasyid untuk pertandingan nasyid Jabatan Kebajikan Masyarakat... Selamat berjaya kepada anda... Siap jadi model untuk majalah Muslimah lagi..hehehe.. Nantikan temubual saya (Azhan) pada Muslimah akan datang)

TERBAIK AZHAN ATAN 9 (SHOWCASE)



(Permaidani-Azhan Atan Duet With Aris Ariwatan)

Saturday, August 9, 2008

DEBARAN SEMAKIN HAMPIR



Setelah 8 minggu Azhan Atan berada dan bertahan di Akademi Nasyid walaupun ada yang merasakan bahawa "aura" yang beliau miliki sejak konsert pertama hampir-hampir malap. Namun inilah realiti dan buktinya yang beliau masih mendapat komen yang positif (sehinggakan abang Farihin x sempat catat komen untuk beliau dek terlalu asyik..tapi sempat pula beliau bertakbir…Allahuakbar!) dan undian sms yang tertinggi. Jutaan penghargaan kepada juri-juri dan paling istimewa kepada anda semua yang mengundi beliau. Vote 4 Azhan Atan.



Konsert ke-8

Pada konsert kali ini kita dapat menyaksikan peningkatan mutu persembahan peserta-peserta dengan lontaran vokal yang bertenaga serta penghayatan nasyid yang baik. Namun kejutan malam itu adalah dengan tersingkirnya dua perserta berkumpulan iaitu In-Heart dan Farhan dengan satu lagi perserta berkumpulan iaitu D'vision yang juga sama mendapat undian sms terendah, namun terselamat dari penyinkiran. Ini bermakna 1 peserta berkumpulan D'vision dan 3 peserta Solo, Azhan Atan, Cicik dan Aiman terselamat dari penyingkiran. Saya telah menduga sebelum ini yang TV9 @ Akademi Nasyid akan membuat "comeback" 4 peserta yang tersingkir, dan terbukti dengan pengumumannya oleh Hafiz Hamidun. Ini bermakna pada Konsert ke-9 nanti kita akan menyaksikan 8 perserta berkumpulan dan solo membuat persembahan. Siapakah yang akan terpilih? Takdir lebih mengetahui. Vote 4 Azhan!!!


AZHAN ATAN DI BENUT (Iklan..hehehe..)

Makluman kepada anda yang tinggal berhampiran, insyaAllah Azhan Atan akan menyerikan majlis dengan persembahan beliau sempena kehadiran penceramah kanak-kanak dari Batam-Indonesia (Adik Habiburrohmah Mohd Al-Amin-7 tahun) di dataran Balai Islam Pt. Ismail, Benut, Pontian, Johor pada 11 Ogos ini jam 9 malam. Semua dijemput hadir.

TERBAIK AZHAN ATAN 8



(Junjungan Mulia-Al-Mizan & Tuhan - Brorey Marantika)

Saturday, August 2, 2008

TERBAIK AZHAN ATAN 7



(Pergi Tak Kemabali - RABBANI)