Saturday, August 30, 2008

SYUKRAN JAZILAN & SALAM RAMADHAN





Alhamdulillah...
Setelah 3 minggu berada di Akademi Nasyid, maka pada Konsert terakhir pada malam tadi (30 Ogos 2008). Undian SMS dan markah dari Juri telah memartabatkan dan menaikkan imej Pejuang Seni Islam Azhan Atan sebagai Juara Akademi Nasyid yang pertama. Syukur Alhamdulillah...

Baru sebentar tadi Azhan Atan menghubungi saya (Dalam perjalanan ke program Nisa' Wilayah di Masjid As-Syakirin). Beliau mengucapkan jutaan terimakasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang telah memberikan SMS kepada beliau. SMS anda telah memberikan satu nafas baru didalam seni hiburan Islam dan menjadi pemangkin kepada keberlangsungan DAKWAH dan TARBIYAH melalui seni hiburan. Dengan SMS anda juga, saya yakin dan percaya mudah-mudahan ada ganjaran "di sana" kelak. Terimakasih sekali lagi kepada anda semua. Semoga Allah subhanahuwataa'ala yang dapat memberikan kalian ganjaran yang mulia. Juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan "Jamaah Islam" seluruh negara. Kemenangan ini adalah kemenangan kita bersama. Kemenangan Islam sebagai Ad-Deen (Cara hidup), ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARINYA. Syukran Jazilan sahabat-sahabatku. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan media cetak dan media elektronik, khususnya juga kepada TV9 kerana menerbitkan rancangan yang bermanfaat. Juga kepada para pendidik di Akademi, Ust. Asri, sdr Yassin Sulaiman, sdr Farihin (Takbir!!!), Ust. Azmi Manap, juga kepada mereka yang dapat saya coretkan disini. Juga kepada teman-teman seangkatan Akademi Nasyid 2008, Cicik (Syukri), Aiman, Shah, Zuariana Ishak. Eda Fazilah, Sofieya, VOM, MV, In-Heart, Farhan dan D-vision. Kalian tetap hebat.

Kemenangan ini lebih bermakna dengan kehadiran Bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Kepada semua, selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketakwaan dan penuhilah bulan yang mulia ini dengan amalan-amalan yang soleh. TAKBIR!!!

9 comments:

Adnazthie said...

Salam Ramadhan juga dari kami seluarga, terharu saya semasa Saudara Azhan diumumkan sebagai Juara. Alhamdulillah. Semoga beliau akan meneruskan usaha berdakwah dan semoga ISLAM terbilang.

Dunia Azhan Atan said...

syukran...mudah-mudahan kita diberkati...barikillahummalana fi syahri ramadhan....

Waris said...

Semasa saudara azhan atan diumumkan pemenang tadi, tak semena-mena spontan terkuar perkataan Allahuakbar drp mulut kitaorg.hehe..Memang best la saudara azhan..kami doakan saudara azhan akan terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan daulah islamiah, insyallah..Keep uur good work bro azhan.. =)

P/s:kalo saudara kuar album, konpem kitaorg beli..lagi best saudara azhan berduet ngan abang nazrey johani..mesti gempak!!

Sarjan Tulang said...

salam,

tahniah. walaupun hampir semua peminat AN menjangkakan Aiman akan menang, namun kuasa Allah tetap penentu. saya memang peminat saudara.

p/s:bila nk keluarkan album?hehehe

sarjantulang

PKGuys said...

Salam Bro ...

Suara sedap dan persembahan yang mantap dan consistent sepanjang program ... sudah semestinya kemenangan untuk anda. Kalau di AF, mawi membawa aura terhadap muzik semasa, tapi di sini anda membawa aura yang lebih baik daripada mawi. Semoga perjuangan seni anda terus maju ke hadapan. Anda perlu keluarkan album segera ... pasti ramai yang akan membeli ... takbir !!!

ajomorten said...

Salam Ramadhan,

Tahniah akh Azhan kerana memenangi Akademi Nasyid. Suara anta memang best, lagi best daripada Aiman. Kalau anta dilamar jadi artis, try berganding dengan ustaz akkil hayy. Sekapal, membawa misi yang sama. Menegakkan kalimah Allah.

Semoga istiqamah dalam perjuangan. Hidup Islam!! Hidup Parti Islam Semalaysia!! Allahuakbar!!

...dari pandangan mata... said...

Tahniah Sdr Azhan,
Semoga kita sentiasa berada dilandasan Allah, Bakat anda adalah Anugerah Allah tidak terhingga...Engkau Yang Satu

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Semoga Parti Islam terus releven selamanya...

Atiesya said...

saya dah jangka anda yg akan menang..apa2pun itu rezeki dari Allah taala.dvision, aiman,cicik dan semuanya hebat sebenarnya..tp mungkin anda yg terhebat tahniah...

figura said...

Alhamdulillah...tahniah kepada saudara azhan...malam final saya dengan isteri tak sabar2 hendak mendengar saudara sampaikan lagu nasyid... alhamdulillah anda juara... itu yang saya harap pada malam itu... apa pun TAHNIAH dan SALAM RAMADHAN... TAKHBIR!