Tuesday, September 2, 2008

ADAKAH AZHAN ATAN AKAN DIJEMPUT UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN DI KELANTAN?

Satu ketika dulu kita ada mendengar betapa hebatnya kejayaan seorang anak muda daripada Johor di Pertandingan Akademi Fantasia. Orang itu tidak lain & tidak bukan adalah MAWI! Siapa yang tidak kenal Mawi? Sehinggakan pimpinan PAS pada masa itu juga kenal Mawi gara-gara TN Guru Nik Abd Aziz ingin menjemput beliau untuk membuat persembahan konsert di Kota Bharu Kelantan.Dengar khabarnya entah betul entah tidak, Mawi juga sebelum terkenal adalah merupakan orang yang bertanggungjawab pasang bendera PAS di Kawasan Kulai bersama abangnya semasa kempen pilihanraya.Begitulah hebatnya orang yang cenderung kepada PAS ini , mempunyai aura yang tersendiri. Tuan Guru menjemput beliau ke Kota Bharu adalah sebagai langkah awal untuk mewujudkan Konsert Alternatif yang menggantikan konsert yang melalaikan seperti yang dianjurkan oleh Kerajaan yang memerintah pada hari ini (?). Pelbagai reaksi Pro & kontra berhubung konsert tersebut. Ada yang kata Mawi munafiklah, Mawi tak Islamiklah, macam-macam kita dengar...Namun itu adalah apa yang telah pun berlalu.

Namun demikian, belum habis lagi aura Mawi, sekarang ini muncul lagi seorang daripada Negeri Johor, namanya menjulang tinggi tanpa disangka, namun ada juga yang menyangka bahawa beliau bakal dinobatkan sebagai Juara Akademi Nasyid 2008. Tarikh 31 Ogos 2008 adalah merupakan tarikh bersejarah buat dirinya apabila berjaya merangkul gelaran tersebut. Itulah yang namanya Azhan Atan. Beliau juga anda tahu siapa dia. Mungkin ada sedikit persamaan dengan orang di atas, tapi ada sedikit berbeza, iaitu beliau adalah orang kuat PAS. Jawatan beliau semua tahu.....

Dua orang yang berjaya mencipta nama dan ada kaitannya dengan PAS. PAS bukan parti yang sembarangan bahkan berjaya melahirkan graduan yang berkualiti.

p/s : Agaknya ada tak orang yang ada kabel kuat dengan Kerajaan Kelantan untuk jemput Azhan buat persembahan konsert di sana? Saya yakin suara-suara sumbang tidak akan wujud jika dibandingkan ketika menjemput Mawi dulu. PAS sudah ada ikon!

(copy n paste dari blog DPPNJ-Sory Ust Zul..hehehe)

4 comments:

Admin said...

Salam.

Saya Nurhidayaty dari Lajnah Penerangan Muslimat PAS Shah Alam dan juga Ketua Unit Aturcara dan Program Jamuan Makan Malam Bersama Tok Guru..saya ingin menjemput saudara azhan untuk memberikan persembahan pada 13.10.2008 di shah alam.Boleh mesejkan saya no tel PA (mana tahu dah ada kan..isteri pun boleh) encik Azhan atau en azhan sendiri di 0169121381 atau YM saya di hidayaty78@yahoo.com

Cikli said...

Salam..

gandingkan Azhan dgn Akil ...pasti menusuk.

dariana said...

insyAllah kami di kelantan sangat mengharapkan ada tawaran selepas Idulfatri nanti utk sdr Azhan ke Kelantan buat persembahan di stadium atau di PUTIK kami.

kami raikan kejuaraan Azhan dengan keharuan dan doa sejahtera agar istiqamah dengan perjuangan bersama jemaah. Takbiiir!

Lea Dzahir said...
This comment has been removed by the author.