Sunday, September 7, 2008

RIBUT & BUBUR LAMBOK

Pada sabtu lepas (6 Sep) kami (Azhan & admin) juga bersama-sama dengan Unit AMAL Johor telah berada di Kampung Sungai Udang, Selat Klang, Selangor untuk sama-sama membantu membaiki rumah-rumah yang dilanda ribut. Seperti yang diceritakan oleh Pengarah AMAL Johor Sdr.Noorkhalim Sakib hampir 300 buah rumah yang terlibat. Namun saya tak dapat mengambil banyak gambar rumah-rumah yang terlibat. Oleh kerana hujan maka kami ke sebuah surau dan membantu membungkus bubur lambok untuk diedarkan kepada penduduk sekitar.

(Syukran Faiz PAWANA, walaupun kancil tu kecil tapi ia bijak..hehehe..)


No comments: