Saturday, August 9, 2008

DEBARAN SEMAKIN HAMPIR



Setelah 8 minggu Azhan Atan berada dan bertahan di Akademi Nasyid walaupun ada yang merasakan bahawa "aura" yang beliau miliki sejak konsert pertama hampir-hampir malap. Namun inilah realiti dan buktinya yang beliau masih mendapat komen yang positif (sehinggakan abang Farihin x sempat catat komen untuk beliau dek terlalu asyik..tapi sempat pula beliau bertakbir…Allahuakbar!) dan undian sms yang tertinggi. Jutaan penghargaan kepada juri-juri dan paling istimewa kepada anda semua yang mengundi beliau. Vote 4 Azhan Atan.



Konsert ke-8

Pada konsert kali ini kita dapat menyaksikan peningkatan mutu persembahan peserta-peserta dengan lontaran vokal yang bertenaga serta penghayatan nasyid yang baik. Namun kejutan malam itu adalah dengan tersingkirnya dua perserta berkumpulan iaitu In-Heart dan Farhan dengan satu lagi perserta berkumpulan iaitu D'vision yang juga sama mendapat undian sms terendah, namun terselamat dari penyinkiran. Ini bermakna 1 peserta berkumpulan D'vision dan 3 peserta Solo, Azhan Atan, Cicik dan Aiman terselamat dari penyingkiran. Saya telah menduga sebelum ini yang TV9 @ Akademi Nasyid akan membuat "comeback" 4 peserta yang tersingkir, dan terbukti dengan pengumumannya oleh Hafiz Hamidun. Ini bermakna pada Konsert ke-9 nanti kita akan menyaksikan 8 perserta berkumpulan dan solo membuat persembahan. Siapakah yang akan terpilih? Takdir lebih mengetahui. Vote 4 Azhan!!!


AZHAN ATAN DI BENUT (Iklan..hehehe..)

Makluman kepada anda yang tinggal berhampiran, insyaAllah Azhan Atan akan menyerikan majlis dengan persembahan beliau sempena kehadiran penceramah kanak-kanak dari Batam-Indonesia (Adik Habiburrohmah Mohd Al-Amin-7 tahun) di dataran Balai Islam Pt. Ismail, Benut, Pontian, Johor pada 11 Ogos ini jam 9 malam. Semua dijemput hadir.

No comments: